Info Terkini Dunia IT Februari 2011



Senarai perkara menarik mengenai internet dan teknologi terkini pada bulan Februari 2011.

1. Berdasarkan latar masa perjalanan Dell menunjukkan Windows 8 bakal diperkenalkan dalam bentuk tablet pada awal tahun 2012.



2. Produk terbaru Apple, Macbook Pro telah dilancarkan pada 24 Februari lalu manakala iPad2 pula bakal diperkenalkan pada 2 Mac. Prototaip iPhone 5 mula tersebar menunjukkan ianya disertakan dengan keyboard.



3. Internet Explorer 9 Release Candidate dilepaskan Februari lepas dan telah dimuat turun melebihi 2 juta kali manakala Mozilla firefox telah mencapai fasa 12 beta. Internet Explorer 9 dan Mozilla Firefox 4 versi penuh dijangka dilepaskan bulam Mac ini.

4. Twitter client Ubertwitter dan Twidroyd (kini dikenali sebagai ubersocial) dihentikan penggunaanya untuk sementara disebabkan melanggar beberapa polisi twitter seperti pengguna dibenarkan tweet melebihi 140 perkataan dan kini ianya diaktifkan semula selepas segala pembaikan semula mengikut polisi ditetapkan.

5. Google bakal melakukan perubahan besar pada versi baru Chrome kelak dimana Google dikhabarkan akan menghilangkan bar alamat pada Chrome dan ianya akan digantikan fungsi terbaru Google, Omnibar yang diletakkan didalam tab itu sendiri.



6. Google menambah 12 jenis fail baru pada Google Docs seperti fail Excel (.XLS dan .XLSX) , PowerPoint 2007 (.PPTX), Apple Pages, Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, TrueType, Scalable Vector Graphics (.SVG) dll.

7. Microsoft memperkenalkan toolbar terbaru untuk engin carian Bing iaitu Bing Bar. Bing bar memberi kemudahan kepada pengguna untuk menyemak emel, melihat facebook serta melakukan carian.



8. Google megemaskini fungsi carian sosial dimana pengguna akan diperlihatkan keputusan carian berdasarkan kongsian rakan anda samada di Twitter, Youtube, Flick atau blog. Google turut memperkenalkan navigasi bar baru untuk Google dan Gmail.



9. HTC memperkenalkan perantian mudah alih,  HTC ChaCha dan HTC Salsa yang mana butang khas facebook disertakan bagi memudahkan para pengguna facebook melayari web tersebut.




10. Konsep telefon pintar Windows Phone dari Nokia diperlihatkan selepas Nokia dan Microsoft mengumumkan kerjasama diantara mereka.



11. Februari lepas, facebook menyambut ulangtahun ke-7 dan beberapa perkara baru diperkenalkan pada laman web tersebut. Setelah memperkenalkan halaman profile yang baru  pada Januari lepas, kini facebook pages pula diberi nafas baru dengan beberapa fungsi menarik dan mudah difahami. Facebook turut memperkenalkan komen masa nyata, menambah senarai relationship status dan interface foto terbaru dimana fungsi muat turun disertakan.

12. Microsoft mengemaskini Windows 7, Windows 7 Service Pack 1 boleh dimuat turun oleh pengguna sama ada secara direct link atau update melalui windows update.

13. Mobile World Congress (MWC 2011) telah pun berlangsung pada  14-17 Februari lepas di Barcelona . MWC 2011 adalah tempat pertemuan dan pertunjukkan teknologi terbaru dalam industri mobil oleh syarikat terkemuka seluruh dunia seperti Google, Apple, Microsoft dll.

14. Twitter memperkenalkan laman web Translation Center untuk mencari sukarelawan dalam membantu mereka terjemah lebih banyak bahasa untuk applikasi twitter dan applikasi mudah alih.



15.Walaupun Mozilla Firefox 4 belum dikeluarkan, Kumpulan Mozilla UI kini giat membangunkan generasi seterusnya, Mozilla Firefox 5 yang dijangka bakal dilepaskan tahun ini. Beberapa fungsi dan interface baru mula dipamerkan.



16. Antivirus paling popular, Avast mengeluarkan antivirus versi terbaru mereka iaitu Avast Antivirus 6.0. Versi terbaru ini dibawakan dengan beberapa ciri tambahan seperti AutoSandbox, SafeZone dan WebRep selain security yang lebih mantap dan pantas.

17. Picasa yang hanya menyediakan ruang 1GB secara percuma kepada pengguna kini menawarkan sesuatu istimewa dimana Picasa tidak akan mengambil kira gambar bersaiz kurang daripada 800px dan video dibawah 15minit.

Info Bulanan
+ Info Semasa Sepanjang Januari 2011