Archive Pages Design$type=blogging

a

Tips Menjaga Privasi di Facebook 2011

Adakah anda prihatin terhadap apa yang anda kongsikan di laman sosial? Berapa banyakkah maklumat p...



Adakah anda prihatin terhadap apa yang anda kongsikan di laman sosial? Berapa banyakkah maklumat pribadi anda yang tersimpan di Facebook dijaga? Bagi mengelakkan akaun dicuri dan privasi anda disalahgunakan mari kita ikuti tips ringkas dibawah bagi memastikan keselamatan dan privasi anda di facebook terjamin.

1. Aktifkan HTTPS

Baru-baru ini banyak aduan kedengaran yang mana akaun pengguna telah dicuri. Bagi mengelakkan akaun anda dirampas atau dicuri anda disarankan untuk menggunakan HTTPS (Hypertext Transfer Protocol Secure). HTTPS akan memastikan akaun anda terjamin daripada dicuri oleh pihak luar. Cara mengaktifkannya pergi ke Account Settings , klik "change" pada Account Security dan tandakan/check pada kotak dibawah "Secure Browsing" (https).



*Bila anda aktifkan HTTPS ianya memakan masa yang lebih lama untuk load dan anda turut tidak dibenarkan untuk mengakses aplikasi pihak ketiga seperti Farmville sebaliknya ianya akan menyuruh anda menukar semula menggunakan http.

Dibawah "Secure Browsing" pula terdapat "When a new computer or mobile device logs into this account:" ,  ianya akan memberitahu anda melalui email apabila seseorang telah mengakses akaun facebook anda.

2. Mengelak rakan dari menyemak dimana anda

Facebook secara automatiknya membenarkan rakan untuk menyemak ke tempat anda singgah tanpa kebenaran. Ketahui lebih lanjut disini Facebook Places. Cara mengubahnya klik disini seterusnya klik "Customize settings", cari "Friends can check me in to Places" pada bahagian "Things others share" , klik "edit setting" dan pilih "disable".



Anda juga boleh menetapkan  fungsi "Places I check in to". Fungsi ini membolehkan anda menyekat seseorang/individu dari memeriksa apa yang anda lakukan di facebook.



Anda juga disarankan untuk uncheck kotak “Include me in ‘People Here Now’ after I check in” jika tidak mahu orang asing untuk melihat sesudah anda singgah di tempat yang sebelumnya.

3. Padam akaun anda dari enjin carian

Bagi yang tidak mahu akaun facebok anda daripada timbul pada carian facebook, ubahkannya dengan klik disini, pada "Connecting on Facebook" klik "View Settings". Anda akan nampak "Search for you on Facebook”, klik kotak disebelahnya dan pilih "Friend Only".



Bagi yang tidak mahu akaun anda muncul di Google pula pada Privacy Settings cari "Apps and Websites" dan klik "Edit your settings", pada bahagian "Public Search" klik "Edit Settings" seterusnya uncheck "Enable Public Search".



4. Elak dari papar tag gambar/video.



Mungkin ada diantara gambar yang ditag tidak menyenangkan anda untuk dipaparkan kepada seseorang seperti keluarga atau rakan sepejabat. Bagi menyekat mereka dari melihat anda perlu ubahkannya dengan klik disini, klik "Customize Settings", cari “Photos and videos I’m tagged in” pada bahagian "Things Others Share", klik “Edit Settings”, klik "Customize", seterusnya masukkan nama siapa yang anda tidak mahu benarkan untuk melihat gambar yang ditag. Jika anda ingin terus menyekat semua orang dari melihat foto anda pilih “Customize” dan pilih “Only Me”.

5. Menyekat rakan dari post di profil anda



Jika anda mempunyai kawan yang selalu post yang bukan-bukan atau perkara yang memalukan di dinding profil anda, anda patut menyekatnya dengan pergi ke Privacy Settings, klik "Customize Settings", pada bahagian "Things Others Share" terdapat "Can comment on posts" klik kotak disebelahnya, pilih dan masukkan nama yang anda tidak mahu benarkan post diruangan profil anda.

6. Mengemaskini Contact Information.

Sekiranya anda tidak berminat untuk memaparkan  nombor telefon, alamat e-mel, atau rumah kepada orang ramai. Seperti biasa pergi ke Privacy Settings, klik "Customize Setting" dan cari/scroll ke "Contact Information" dan tetapkannya pilihan anda kepada "Only Me".



7. Maklumat dibenarkan untuk applikasi

Ketika rakan anda bermain seperti FarmVille tidak bermakna anda membenarkan semua maklumat anda diakses. Jadi anda boleh menetapkannya dengan pergi ke Privacy Settings, klik "Edit Your Settings" pada "Apps and Websites", cari "Info accessible through your friends", klik "Edit Settings" pada kotak dan uncheck yang mana anda  tidak mahu benarkan.



Selamat Mencuba.

COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Name

About Aidilfitri android Antivirus badminton Blogger Bolasepak browser Bunkface Design Desktop fb Filem Film font Gadgets Games Gmail Google Grafik HariRaya Hoki Hujan ie9 Info Infographics InfoSemasa Islam LTDL Lyrics Microsoft Miwa Monoloque Music Office Olimpik PES Photoshop Ramadhan SEA Games sepaktakraw smartphone Software sukan Tablet Tech tips tricks tutorial Twitter Wallpaper Web Windows 7 Windows10 Windows8 World Cup YUI Yuna
false
ltr
item
SANoktah: Tips Menjaga Privasi di Facebook 2011
Tips Menjaga Privasi di Facebook 2011
http://3.bp.blogspot.com/-_rsKI95tr88/TWIcgYqBmwI/AAAAAAAABCE/oaTvm4ghm40/s800/Tips+Menjaga+Privasi+di+Facebook+%255BSANoktah%255D.png
http://3.bp.blogspot.com/-_rsKI95tr88/TWIcgYqBmwI/AAAAAAAABCE/oaTvm4ghm40/s72-c/Tips+Menjaga+Privasi+di+Facebook+%255BSANoktah%255D.png
SANoktah
http://www.sanoktah.com/2011/03/tips-menjaga-privasi-di-facebook-2011.html
http://www.sanoktah.com/
http://www.sanoktah.com/
http://www.sanoktah.com/2011/03/tips-menjaga-privasi-di-facebook-2011.html
true
4244852340977964435
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago