Monoloque Gurindam Hutan Batu



Monoloque dalam proses menerbitkan album sulung mereka berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mengandungi tujuh buah lagu. Lagu Gurindam Hutan Batu ataupun Kita Semua Perlukan Cinta antara lagu dimuatkan dalam album baru mereka dan single baru yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Koleksi Lagu Monoloque



Lirik Lagu Monoloque - Gurindam Hutan Batu / Kita Semua Perlukan Cinta

Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Kalau kau rasa ditawan
Janganlah perkhabarkan pihak berkuasa
Jadilkanlah amalan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara
Jadikanlah telandan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi
Tak perlu merajuk lagi

Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Rasa apa yang ku rasa
Cinta pasti dia yang sebenar
Tiada yang mustahil
Tiada pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta berkalut semua

Kalau rasa digunakan
Jangan biar ia berleluasa
Walau kau tak melawan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Rasa apa yang ku rasa
Cinta pasti dia yang sebenar
Tiada yang mustahil
Tiada pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta berkalut semua 4x

Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Kau cuma perlukan cinta

Tak Perlu Merajuk Lagi



*jika ada kesalahan lirik sila beritahu