MonoloQue feat Azlina Aziz Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)



Lagu Batu Belah Batu Konkrit (Bonda) merupakan antara lagu yang terkandung didalam album Jejak Tanah”, album pertama dalam siri trilogi Hikayat Halimunan Abad ke 21. Lagu ini menampilkan vokal penyanyi terkenal era 80an, Azlina Aziz yang juga merupakan anak kepada Seniwati Normadiah dan Seniman Aziz Jaafar.

Batu Belah Batu Konkrit merujuk kepada dunia moden dengan dirian bangunan serba konkrit yang sedikit sebanyak meninggalkan senibina tradisional dan amalan lama.Diinspirasikan dari kisah klasik Batu Belah Batu Bertangkup, lagu tersebut mengisahkan rajuk si ibu terhadap anak-anaknya yang semakin mengejar kemodenan dan globalisasi sehingga menelan budaya, alam, tanah pusaka dan adat resam kita.



Lirik Lagu MonoloQue feat Azlina Aziz Batu Belah Batu Konkrit (Bonda) | OST Parit Jawa

Wahai anakda ku sayang
Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Wahai anakda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang
Atau kerna kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari

Dari dihimpit putar belit
Masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakda disini memujuk
Dan anakda takkan berhenti
Kini sekadar impi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit
Hamba duit masyarakat hipokrit

Bonda rela dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit



Download
MonoloQue feat Azlina Aziz Batu Belah Batu Konkrit (Bonda) | mediafire | 4shared |