Windows 8 Release Preview



Baru-baru ini Microsoft mengeluarkan Windows 8 Consumer Preview, kali ini Microsoft memperkenalkan Windows 8 Release Preview pula sekaligus menunjukkan pelancaran versi stabil Windows 8 semakin hampir. Hari ini Windows 8 Release Preview dilancarkan kepada umum dan sedia dimuat-turun untuk diuji oleh pengguna.

Terdapat beberapa perkara baru dilakukan, termasuk pelayar web Internet Explorer 10, aplikasi khas Hotmail, SkyDrive dan Messenger, juga kemaskini pelbagai aplikasi baru di Windows Store. Selain itu, tahap sekuriti dan kelancaran penggunaan pada Windows 8 juga dipertingkatkan termasuk kemudahan sokongan-sokongan lain.


Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma pada pautan disediakan dibawah.

Download Windows 8 Release Preview (ISO format)
Download Windows 8 Release Preview (Official Website)

Product key for Windows 8: TK8TP-9JN6P-7X7WW-RFFTV-B7QPF