Archive Pages Design$type=blogging

a

Info Teknologi Terkini 2013

Info Teknologi Terkini 2013, Info Teknologi Terbaru, Berita Teknologi Terkini, Berita Teknologi Terbaru,

Info Teknologi Semasa dan Terkini

Dapatkan berita semasa dan terkini mengenai teknologi sepanjang bulan. Info secara ringkas ini membincangkan perkara-perkara yang utama dan menarik berlaku di internet. Info terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

BULAN DISEMBER

1. Hotfile salah satu perkhidmatan perkongsian fail yang popular telahpun menamatkan perkhidmatannya bermakna segala fail yang disimpan pengguna tidak dapat diakses lagi selepas ini.

2. Apple menawarkan iPad Air versi WiFi kepada pengguna di Malaysia pada harga bermula RM1599 (16GB), RM1929 (32GB), RM2249 (64GB pada) dan RM2579 (128GB). Pengguna boleh dapatkan daripada pengedar seperti Switch, Machines, dan SenQ.

3. Apple juga menawarkan iPad Mini Retina versi selular dan WIFI untuk pasaran Malaysia. iPad Mini Retina versi WiFi dijual dengan harga RM1279 (16GB), RM1599 (32GB), RM1929 (64GB) dan RM2249 (128GB). Untuk versi selular pula RM1699 (16GB), RM2029 (32GB), RM2349 (64GB) dan RM2679 (128GB).

4. Google memperkenalkan kemaskini Android 4.4.1 yang membawakan beberapa penambah-baikkan pada rakaman dan kualiti kamera. Google jgua akan membawakan sokongan aplikasi Chrome kepada Android dan iOS pada awal tahun hadapan.


BULAN NOVEMBER

1. Google memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka Nexus 5 kepada umum sekaligus memperkenalkan versi terbaru Android 4.4 dikenali Android Kitkat. Nexus 5 menggunakan processor Snapdragon 800,2GB of RAM, kamera 8MP & 1.3MP dan paparan HD 5-inci 1080p. Nexus 5 dijual dengan harga 16GB = $349 (~RM1699), 32GB = $399.



2. Sony Entertainment Malaysia memperkenalkan konsol PlayStation 4 di Malaysia dengan harga bermula RM1799 dan bakal dijual di Malaysia pada 20 Disember 2013. Selain itu, lensa-kamera Cyber-shot QX100 juga akan dijual di Malaysia pada harga RM1499.

3. Statistik terbaru Facebook kini digunakan oleh lebih 1.19 bilion pengguna aktif setiap bulan yang mana secara purata 728 juta pengguna mengaksesnya setiap hari dan lebih 874 juta pengguna aktif mengaksesnya melalui peranti mudah-alih.

4. Motorolo memperkenalkan telefon pintar dikenali Moto G yang memiliki paparan 720p bersaiz 4.5-inci (resolusi 1280×720 pixel), processor Snapdragon 400,  memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan menggunakan Android 4.3. Moto G dijual dengan harga $179 (~RM574) untuk versi 8GB dan $199 untuk 16GB.

5. Motorola mewawarkan Projeck Ara yang memfokuskan kepada hardware iaitu Phoneblock. Phoneblok merupakan telefon pintar beronsepkan modular yang mana pengguna boleh memilih dan memasang komponen mengikut kesukaan mereka, sekaligus memudahkan lagi proses menaik-taraf peranti.



6. Pembangun CyanogenMod memperkenalkan aplikasi klien khas untuk memudahkan pengguna memasang ROM CyanogenMod pada telefon pintar atau tablet mereka. Buat masa ini, sokongan peranti masih terhad untuk beberapa telefon pintar. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke laman sesawang Cyanogenmod.org

7. Tablet Samsung Galaxy Note 10.1 mula ditawarkan di Malaysia bermula 7 November 2013 dengan harga RM2299. Samsung Galaxy Note 10.1 2014 menyertakan skrin bersaiz 10.1-inci, 2.3 GHz Quad Core processor , memori 3GB RAM, serta hadir dengan sokongan S-Pen. Fungsi popular Samsung turut hadir seperti S-Note, Air Command, Action Memo dan sebagainya.

8. NVIDIA mengumumkan tablet terbaru dikenali Tegra Note yang berharga $200. Tegra Note menggunakan processor Tegra 4, kamera 5MP, skrin bersazi 7-inci dan disertakan sokongan pen DirectStylus NVIDIA.



9. HTC One Mini mula di tawarkan di Malaysia pada harga RM1699. HTC One Mini memiliki processor 1.4GHz Snapdragon 400, skrin bersaiz 4.3-inci dengan paparan 720p, memori 1GB RAM, dan kamera belakang 4-UltraPixel. Fungsi popular HTC seperti Blinkfeed, HTC Zoe dan juga BoomSound.

10. BlackBerry mengumumkan perubahan CEO mereka selepas Thorsten Heins meninggalkan jawatan tersebut dan digantikan oleh John Chen. Situasi sama juga berlaku pada CEO Acer iaitu JT Wang telahpun meninggalkan jawatan dan digantikan oleh Jim Wong .

11. Syarikat PrimeSense diambil-alih oleh Apple dengan harga $360 juta. PrimeSense sebelum ini pernah bekerjasa bersama Microsoft menghasilkan teknologi sensor Microsoft Kinect Xbox.

12. Statistik terbaru menunjukkan Android kini meliputi 81.3% daripada pegangan pasaran untuk telefon pintar diikuti oleh Apple dengan angka 13.4%. Versi Android paling tinggi digunakan ialah Android Jelly Bean yang kini digunakan sebanyak 52.1%

13. Laman perkhidmatan perkongsian iaitu MediaFire mengeluarkan aplikasi perisian untuk desktop bagi memudahkan pengguna untuk berkongsi fail dengan hanya perlu menyimpan fail pada sebuah folder di desktop untuk perkongsian. http://www.mediafire.com/software/desktop/

14. Telefon pintar Samsung Galaxy Grand 2 dilengkap Android 4.3 Jelly Bean, skrin bersaiz 5.25-inci, processor QuadCore 1.2Ghz, memori 1.5GB RAM, kamera belakang 8-megapixel , sokongan dwi-SIM dan juga ruangan storan 8GB.

15. Telefon pintar HTC One Max dijual di Malaysia denga harga RM2499. HTC One Max dilengkapi skrin dengan paparan HD 1080p, processor Qualcomm Snapdragon 600 1.7GHz, dan Android 4.3 Jelly Bean. Fungsi khas lain seperti HTC Blinkfeed, BoomSound, HTC Zoe dan kamera HTC Ultrapixel.

16. Telefon pintar Nokia Lumia 1520 dijual di Malaysia denga harga RM2159. Nokia Lumia 1520 dilengkapi processpr Quad-Core Snapdragon 800, Windows Phone 8 OS, skrin bersaiz 6-inci, kamera belakang 20-megapixel PureView, sokongan ruangan mikro-SD dan mempunyai pilihan warna kuning, putih dan hitam. Selain itu Nokia juga memperkenalkan telefon pintar Lumia 525 dilengkapi skrin bersaiz 4-inci, cip pemprosesan dual-core 1GHz Snapdragon S4, memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan memori 8GB. Harga Lumia 525 dijual $199 USD

BULAN OKTOBER

1.Apple memperkenalkan beberapa produk terbaru mereka seperti iPad Air, iPad Mini, MacBook Pro, Mac Pro, OS X Mavericks 10.9 dan kemaskini aplikasi iWorks Dan iLife :

- iPad Generasi kelima dikenali sebagai iPad Air. membawakan rekaan yang lebih nipis dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit A7 dan juga cip M7. Kamera 5-megapixel (iSight, video 1080p, FaceTime. iPad Mini generasi kedua pula hadir dengan skrin paparan Retina, cip A7 64-bit dan daya tahan bateri sehingga 10 jam

- Laptop MacBook Pro hadir dengan paparan Retina bersaiz 13-inci, processor Intel Core i5 2.4GHz, memori 4GB RAM, dan grafik Intel Iris. Ketahanan bateri 13-inci boleh digunakan selama 9jam, sementara versi 15-inci pula selama 8jam. MacBook Pro dijual pada harga bermula RM4199

- Mac Pro pula produk terbaru Apple memfokuskan kepada pengguna yang memerlukan komputer pemprosesan tinggi. Ianya menggunakan Intel Xeon E5 3.7Ghz, memori sebanyak 12GB DDR3 ECC, dua AMD FirePro D300, enam port Thunderbolt 2 dan 2 USB port. Mac Pro dijual pada harga RM9699. OS X Mavericks 10.9 dan iWorks Dan iLife pula ditawarkan Percuma kepada pengguna Apple (Mac, iOS)

- Harga iPhone 5S dan iPhone 5C di Malaysia juga dikemaskini. Untuk model iPhone 5C, versi 16GB = RM1999, 32GB = RM2399. Untuk iPhone 5S pula, versi 16GB = RM2399, 32GB = RM2749 dan 64GB = RM3149.

2. Kemaskini terbaru Windows 8 iaitu Windows 8.1  kini boleh dimuat turun melalui Windows Store. Windows 8.1 menampilkan menampilkan rekaan yang lebih kemas dan beberapa fungsi terbaru termasuk mengembalikan semula Start Button. Saiz fail muat turun sekitar 3.6GB.

3. Selain kemaskini  Windows 8.1, Microsoft juga mengeluarkan aplikasi Remote Destop untuk pengguna peranti Android dan iOS. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengakses PC Windows melalui telefon pintar atau tablet.

4. Beberapa jam tangan pintar mula diperkenalkan. Terawal ialah Sony SmartWatch 2 dan Samsung Galaxy Gear yang menggunakan platform android. Adidas dan Nike (Nike+ FuelBand SE) turut tidak ketinggalan memperkenalkan jam tangan pintar yang lebih berasaskan kecergasan untuk mereka yang aktif bersukan. Fitbit Force juga antara jam tangan berasaskan kecergasan.



5. Versi terbaru Ubuntu iaitu Ubuntu 13.10 (Saucy Salamander) turut dilancarkan untuk dimuat turun secara percuma. Selain itu, pengeluar Canonical juga melancarkan Ubuntu Touch untuk pengguna telefon Galaxy Nexus, Nexus 4 dan beberapa peranti lain. Di samping itu, sistem operasi generasi baru Ubuntu 14.04 dinamakan Trusty Tahr turut diwawarkan bakal diperkenalkan pada April 2014.

6. HTC mengumumkan telefon pintar HTC One Max. HTC One Max membawakan skrin bersaiz 5.9-inci dengan paparan HD penuh 1080p, cip processor Snapdragon 600 1.7GHz, Android 4.3 Jelly Bean, 2GB RAM, kamera belakang HTC UltraPixel, kamera hadapan 2.1-megapixel dan bateri 3300mAh.

7. Samsung memperkenalkan telefon pintar skrin melengkung dikenali Galaxy Round. Galaxy Round mempunyai skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan 1080p, kamera 13-megapixel, 3GB RAM, cip pemprosesan 2.3GHz dan menggunakan Android 4.3 Jelly Bean. Pihak LG juga turut hadir dengan telefon dengan skrin melengkung dinamakan sebagai G Flex.



8. Platform blog terbaru iaitu Ghost dilancarkan kepada umum. Ghost merupkan platform blog yang memfokuskan kepada penulisan membawakan rekabentuk yang kemas dan mudah digunakan. Pendaftaran boleh dibuat di laman rasmi Ghost, dan boleh di muat-turun untuk dipasang pada komputer atau web.

9. Google mengeluarkan aplikasi untuk para designer membuat iklan animasi dalam bentuk HTML5 dikenali sebagai Web Designer. Google Web Designer ini masih dalam bentuk beta dan ianya percuma untuk dimuat-turun.

10. November ini YouTube akan mengadakan Anugerah Muzik dikenali YouTube Music Awards. Artis popular termasuk artis YouTube akan menyertai anugerah ini. Anugerah ini akan disiarkan secara langsung melalui YouTube.

11. Rangkaian Adobe telah digodam mengakibatkan lebih 2.9 juta maklumat pelanggan terdedah. Maklumat seperti nama, nombor kad kredit dan informasi lain. Laman Google Malaysia juga digodam oleh Team Madleets pada 11 Oktober lalu. Mereka mengubah DNS domain Google.com.my dan juga Google.my ke alamat IP yang berbeza berbanding yang sepatutnya.

12. Setelah Microsoft membeli servis dan peranti Nokia, kini Microsoft mebuat perbincangan bersama HTC untuk menyertakan sistem operasi Windows Phone pada telefon pintar Android. Walaubagaimanapun ianya masih belum dipastikan bagaimana sistem dijalankan.

13. Twitter memfailkan IPO (Initial Public Offering) yang membolehkan pelabur luar untuk membeli saham dalam syarikat itu pada bulan akan datang. Syarikat berharap akan mengumpul $1 bilion dalam IPO ini, seterusnya menjadikan syarikatnya bernilai $15 bilion.

14. Android Jelly Bean kini mempunyai pengguna paling ramai iaitu 48.6% hasil gabungan Android versi 4.1, 4.2 dan 4.3. Manakala Android Gingerbread sebanyak 28.5%, diikuti oleh Ice Cream Sandwich berjumlah 20.6%.

15. Dell memperkenalkan dua tablet terbaru iaitu Venue 7 dan Venue 8. Tablet ini menggunkan Android 4.2 Jellybean, menggunakan cip Intel Atom, bersaiz 7 dan 8 inci, resolusi skrin 1280×800, ram 2GB RAM, berkamera belakang 3-Megapixel, dan depan 2-Megapixel.

BULAN SEPTEMBER

1. Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone terbaru iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. iPhone terbaru ini menggunakan cip Pemprosesan A7 64-bit, fungsi identiti cap jari dan kamera yang lebih baik. iPhone 5c pula hadir dengan variasi warna yang pelbagai. Harga iPhone 5S di Malaysia bermula pada harga RM3200 manakala iPhone 5C - RM2199


2. Apple turut mengeluarkan kemaskini terbaru iOS 7.02 untuk semua pengguna iPhone dan iPad. Terbaru Apple menjadi jenama paling bernilai bagi tahun 2013 yang selama ini dipegang oleh Coca-Cola.

3. Microsoft mempekenalkan Surface generasi kedua iaitu Surface 2 dan Surface 2 Pro yang lebih ringan, nipis dan laju. Microsoft mengatakan Surface 2 mempunyai kemampuan lebih dua kali ganda dikalangan laptop yang dijual dipasaran sekarang. Harga Surface 2 bermula pada harga $449 manakala Surface Pro 2 mulai $899.


4. CEO Microsoft iaitu Steve Ballmer mengumumkan pengunduran jawatan CEO dalam masa kurang 12 bulan ketika pencarian CEO baru dilakukan.

5. Google menyambut ulang tahun ke-15 dengan pelbagai kemaskini produk mereka termasuk mempekenalkan alogrithm baru carian Google dikenali Hummingbird. Google juga mewawarkan versi android terbaru Android 4.4 dikenali sebagai Android KitKat.

6. Google turut memeperkenalkan Android Device Manager berfungsi untuk mengunci dan buang semua fail pada telefon pintar melalui web bagi menghalang data diakses dan dicuri oleh pihak lain.

7. Sony memperkenalkan telefon pintar Xperia Z1 yang memiliki kamera 20.7 megapixel dan ianya kalis air. Harga Xperia Za bermula RM2399. Sony juga mengumumkan lensa kamera cyber-shot QX10 dan QX100 yang berkebolehan untuk menghubungkan ia ke telefon pintar Android dan ianya kamera terbaik daripada kamera telefon pintar sedia ada. Selain itu, Sony juga memperkenalkan jam tangan pintar Sony SmartWatch 2 dan alat permainan konsol PlayStation Vita TV.


8. Samsung memperkenalkan telefon pintar Samsung Galaxy Note 3 yang mempunyai pelbagai fungsi menarik. Selain itu jam pintar Galaxy Gear turut diperkenalkan. Harga Galaxy Note 3 di Malaysia dijual pada harga RM2399 manakala Galaxy Gear RM999.

9. BlackBerry mungkin diambil-alih oleh Syarikat daripada Kanada iaitu Fairfax Financial selepas membuat tawaran benilai RM15 billion kepada BlackBerry. Sebelum itu, BlackBerry Z30 diperkenalkan di Malaysia pada harga RM1998. Blackberry juga menangguhkan sementara perkhidmatan BlackBerry Messenger untuk Android dan iOS.

10. Maxis memperkenalkan pelan prabayar terbaru Hotlink dengan menawarkan akses internet PERCUMA pada kelajuan 64kbps, panggilan 12sen untuk 30saat dan 7sen satu SMS. Pek Hotlink boleh didapatkan sekarang dengan harga RM8.80 ataupun pengguna sedia ada boleh menaik-taraf dengan mendail *108*25#. Bagi yang memerlukan internet berkelajuan tinggi boleh dapatkan dengan hanya RM1 sehari (1GB sebulan untuk RM30).

11. Beast Electronics membeli semula pegangan daripada HTC dengan harga $265juta.

12. Facebook kini membenarkan pengguna untuk edit semula status yang telah di terbitkan.

13. Fungsi terbaru YouTube Audio Library yang membenarkan pengguna untuk menambah audio atau lagu pada video selepas dimuatnaik.

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Name

About Aidilfitri android Antivirus badminton Blogger Bolasepak browser Bunkface Design Desktop fb Filem Film font Gadgets Games Gmail Google Grafik HariRaya Hoki Hujan ie9 Info Infographics InfoSemasa Islam LTDL Lyrics Microsoft Miwa Monoloque Music Office Olimpik PES Photoshop Ramadhan SEA Games sepaktakraw smartphone Software sukan Tablet Tech tips tricks tutorial Twitter Wallpaper Web Windows 7 Windows10 Windows8 World Cup YUI Yuna
false
ltr
item
SANoktah: Info Teknologi Terkini 2013
Info Teknologi Terkini 2013
Info Teknologi Terkini 2013, Info Teknologi Terbaru, Berita Teknologi Terkini, Berita Teknologi Terbaru,
http://3.bp.blogspot.com/-G-STRKAgbYo/UlCgAe4coNI/AAAAAAAAC08/1d8jFEJ7qyA/s1600/Info-Teknologi-Terkini.png
http://3.bp.blogspot.com/-G-STRKAgbYo/UlCgAe4coNI/AAAAAAAAC08/1d8jFEJ7qyA/s72-c/Info-Teknologi-Terkini.png
SANoktah
http://www.sanoktah.com/2013/09/info-teknologi-terkini-2013.html
http://www.sanoktah.com/
http://www.sanoktah.com/
http://www.sanoktah.com/2013/09/info-teknologi-terkini-2013.html
true
4244852340977964435
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago