Info Teknologi Terkini 2014



Info ringkas mengenai teknologi mengikut bulan bagi tahu 2014. Artikel ini membincangkan perkara-perkara yang utama dan menarik berlaku termasuk info gajet-gajet yang baru dikeluarkan. Info terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Baca juga info teknologi yang berlaku pada tahun 2013.

BULAN JANUARI

1. Microsoft dikhabarkan akan mengumumkan pelan sistem operasi baru Windows 9 dalam majlis persidangan Build di San Francisco pada April 2014 dan keluaran versi akhir pula dijangka pada April 2015. Berkemungkinan dikenali Windows 9 walaupun sebelum ini diberi kod nama “Threshold”. Microsoft Malaysia pula mengumumkan Windows Phone kini merupakan plaform mudah alih kedua terbesar di Malaysia dibelakang pendahulu Android. Manakala iOS turun ke tempat ketiga.

2. Statistik terbaru pengguna peranti Android daripada Google untuk tahun 2014 : Penggunaan Jelly Bean meningkat secara purata 59.1% peranti di seluruh dunia. Versi terbaru Android 4.4 KitKat turut meningkat kini sebanyak 1.4%

3. AMD memperkenalkan APU generasi baru iaitu Kaveri. APU ialah mikroprosesor yang mengabungkan grafik (GPU) dan CPU dalam satu cip yang sama. Salah satu kelebihanya ialah GPU mampu untuk mengakses memori tanpa perlu menunggu data daripada CPU terlebih dahulu. Kaveri dikatakan akan membawakan prestasi yang baik dan menjimatkan tenaga dengan pengggunaan 12 Core (4 CPU & 8 GPU) dan iaya dikatakan sangat sesuai untuk permainan game.



4. Maxis mula menawarkan sokongan rangkaian 4G LTE untuk pengguna prabayar Hotlink. Kelajuan rangkaian sehingga 75Mbps dengan purata kelajuan 10Mbps ke 30Mbps. Rangkaian 4G LTE Maxis kini meliputi beberapa bandar utama, termasuk antaranya di Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor.

4. Nokia memperkenalkan Lumia Black untuk pengguna peranti Windows Phone 8. Selain itu, Lumia Black membawakan beberapa fungsi menarik seperti App Folder, Nokia Glance Screen 2.0, Nokia Refocus, Bluetooth LE, Nokia Beamer dan Nokia Camera .

6. UMobile mengemaskini pelan internet (Unlimited Mobile Internet), dimana kini pelan data UMI28 dan UMI38 menawarkan penggunaan data sehingga 1GB pada kelajuan tinggi.

7. Pada 7 hingga 10 Januari lepas telah berlangsungnya pameran teknologi elektronik iaitu CES 2014. Disana berkumpulnya para-para pembangun menonjolkan gajet baru mereka. Berikut antara peristiwa berlaku di sana :


- NVIDIA memperkenalkan cip pemprosesan generasi baru untuk peranti mudah-alih dikenali Tegra K1. Tegra K1 bakal membawakan sokongan grafik yang lebih tinggi melalui penggunaan 192 GPU core.

- Intel membawakan komputer dengan sokongan dwi-OS iaitu Android dan juga Windows 8 di pameran CES 2014. Asus Transformer Book Duet antara yang menggunakan dwi-OS iaitu Android 4.1 dan Windows 8.1. Kedua OS ini boleh ditukar-ditukar pengunnaanya dengan klik sekali pada butang.

- ZTE memperlihatkan konsep telefon modular. Telefon ini memudahkan penukaran komponen seperti GPU, kamera, RAM dan lain-lain lagi.

- Konsol game PC iaitu Steam Machine hadir dengan 13 pengeluar berlainan daripada Alienware, Alternate, CyberPowerPC, Digital Storm, Falcon NW, GigaByte, iBuyPower, Maingear, Material, Next Spa, Origin PC, Scan, Webhallen dan uga Zotac.Steam Machine menggunakan sistem operasi SteamOS yang dibangunkan khas oleh Valve dan kawalan game menggunakan Steam Controller.

- Intel memperkenalkan Intel Edison merupakan komputer pada saiz kad-SD dengan cip Dual Core 22nm berserta sokongan WiFi dan Bluetooth. Intel Edison ditujukan kepada pembangun untuk digunakan peranti boleh-pakai dan teknologi baru.

- Sony memperkenalkan perkhidmatan baru dikenali PlayStation Now yang membolehkan pengguna live stream game ke PS4, PS3, PS Vita, tablet, telefon dan televisyen. Selain itu, telefon pintar Sony Xperia Z1 Compact dan Z1S juga diperkenalkan. Xperia Z1 Compact dilengkap processor 2.2 GHZ Snapdragon 800 Quad Core, bersaiz 4.3-inci Triluminos HD, 2 GB RAM , memori dalaman 16 GB dan kamera 20.7 MP dengan G Lens dan resolusi skrin 720p. Sony Xperia Z1S pula 5-inci dengan paparan 1080p Triluminos, processor Snapdragon 800, dan kamera 20.7 MP dengan G Lens. Sony Xperia Z1 Compact dan Z1S juga mempunyai cerfitication IP58 yang mana ianya kalis air dan habuk.


- Samsung perkenal dua tablet baru iaitu Galaxy TabPro dan NotePRO. Galaxy TabPro datang dengan tiga pilihan iaitu  8.4-inci, 10.1-inci, and 12.2-inci manakala NotePRO dengan hanya 12.2-inci. Kedua-dua hadir dengan Android 4.4 KitKat, paparan 2560 x 1600 pixel, kamera 8-megapixel belakang and 2-megapixel depan. Membezakan antara keduanya ialah NotePRO hadir dengan sokongan stylus S-Pen. 

- Razer memperlihatkan konsep kerangka PC modular mereka yang diberi nama Project Christine. Selain rekabentuk modular kerangka ini turut dilengkapi skrin sesentuh LCD pada bahagian hadapan, sistem penyejuk menggunalan cecair dan pencahayaan LED yang menarik.

- Gajet-gajet lain pada pameran CES 2014 boleh lihat disini.

8. Radionomy mengumumkan pengambil-alihan Winamp Dan Shoutcast daripada AOL, sekaligus mengekalkan perkhidmatan Winamp setelah AOL mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan tersebut pada bulan Disember 2013. Selain Radionomy, Google turut mengumumkan pengambil-alihan syarikat Nest Labs yang memfokuskan teknologi peralatan rumah.