Aplikasi Islamik Untuk Android 2017

Aplikasi Islamik Android 2017

Sebagai seorang muslim, aplikasi bercirikan islamik amat diperlukan dalam kehidupan seharian kita seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi masjid, tempat makanan halal dan lain-lain. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini yang menjanjikan banyak kelebihan dan ganjaran. Berikut antara aplikasi yang bagus buat pengguna android beragama Islam.

1. Muslim Pro
Aplikasi lengkap dengan pelbagai fungsi seperti waktu solat, surah Al-Quran, arah kibat, doa harian, lokasi masjid, tempat makanan hahal, kiraan zakat, kalendar dan tasbih.
Muslim Pro

2. iQuran
Aplikasi membaca kitab suci Al-Quran yang mengandungi pelbagai bahasa terjemahan dan bacaan qari terkenal. Ciri-ciri lain seperti panduan tajwid, nota dan senarai doa terdapat dalam al-quran.
iQuran

3. iMasjid
Menyertakan waktu solat, arah kiblat, alamat lokasi masjid dan info aktiviti penceramah atau ustaz.
iMasjid

4. Mengaji.com
Aplikasi mengaji ayat Al-Quran dengan bacaan qari. Setakat ini terdapat 6 qari untuk dipilih. Selain itu, terdapat juga doa harian untuk diamalkan
mengaji

5. Verify Halal
Aplikasi disediakan oleh Jakim untuk menyemak status halal sesuatu produk atau perkhidmatan. Pengguna boleh scan barcode sesuatu produk untuk mengetahui kehalalannya.
verify halal