Perisian Mesti Dimiliki Pengguna Windows 10

Perisian Windows 10

Artikel lalu admin kongsikan aplikasi terdapat di Windows Store, kali ini admin senaraikan pula perisian windows 10 yang sangat berguna terutamanya bagi anda baru sahaja memasang Windows 10. 

Pelayar Web (Chrome + Firefox + Edge)
Pertama sekali semestinya memasang pelayar web pilihan anda. Selain pelayar Edge yang telah dipasang pada Windows 10, pelayar Chrome dan Firefox antara pilihan utama pengguna yang mempunyai lebih banyakaddon/extension. 
Pelayar-Web

CCleaner 
CCleaner sangat berguna untuk mengekalkan prestasi komputer anda di tahap terbaik. Perisian ini berupaya untuk membuang fail yang tidak berguna yang terkumpul didalam komputer sekaligus menjimatkan penggunaan memori. Antara fungsinya membuang cookies, butiran pelayaran web, membaiki masalah registry dan beberapa fungsi tambahan seperti unisntall program, disk analyzer dan lain-lain. 
CCleaner

Malwarebytes Anti-Malware
Perisian ini akan memastikan komputer anda selamat dan terjamin daripada ancaman yang berupaya merosakkan sistem komputer. Malwarebytes banyak mengesan ancaman yang terlepas daripada dikesan oleh antivirus.
Malwarebytes Anti-Malware

Internet Download Manager
IDM secara ringkasnya akan meningkatkan kelajuan muat turun fail. Ianya menyokong kesemua pelayar web utama seperti Firefox, Chrome dan Edge. Selain itu anda juga boleh hadkan kelajuan muat turun supaya tidak menganggu penggunaan internet semasa muat turun dijalankan. 
Internet Download Manager

VLC
VLC merupakan media player yang menyokong pelbagai jenis fail video. Selain membuka fail video dalam komputer ianya turut boleh digunakan untuk menonton strim online, podcast dan lain-lain. 
VLC

Paint.net / GIMP
Perisian mengedit gambar yang mempunyai fungsi seakan photoshop dan ianya ditawarkan secara percuma, ringkas dan mudah untuk digunakan.  
Paint.net dan Gimp

Notepad++ 
Berbanding notepad terdapat dalam Window 10, perisian ini lebih banyak fungsi dan terdapat fungsi tab untuk membuka fail bersebelahan. Ianya sangat berguna untuk edit kod mahupun membuat nota ringkas.
Notepad++

Steam
Tempat untuk membeli dan bermain games. Mempunyai berjuta pengguna dan pastinya lebih seronok bermain bersama rakan-rakan secara online. Pelbagai jenis permainan disediakan dan ada juga permainan ditawarkan secara percuma. 
Steam