Windows Phone 7 Series

Syarikat perisian terbesar di dunia, Microsoft pratonton Windows Phone 7 Series mereka yang bukan hanya menampakkan bentuk muka baru, malah turut diselitkan kod asas terhadapnya.


Matlamat mereka ialah untuk memperolehi kembali pasaran mereka daripada  iPhone dan BlackBerry, yang merupakan pesaing utama mereka, dan dikhabarkan akan dilancarkan pada musim cuti ini


Sistem operasi mobile versi 7.0 ini direka dengan paparan skrin depan baru, text grafik yang bersaiz besar, flipping, scrolling, zooming dari skrin ke skrin nampak lebih nyata dan mengambil unsur daripada Microsoft Zune HD pemain muzik, serta unsur-unsur dari game Xbox.



Sistem operasi dibahagi kepada enam ruangan atau "hub":

People. Hub ini adalah data penuh mengenai kenalan anda.Ianya akan menyenaraikan segala butiran kenalan anda dan update terbaru dari Windows Live dan Facebook. Ianya turut menyediakan ruangan untuk menghantar update ke Facebook dan Windows Live dalam satu langkah. Microsoft telah mengatakan bahawa data lain daripada  perkhidmatan lain, termasuk Twitter, turut akan disedia dalam paparan ini.

Pictures. Hub ini memudahkan  untuk berkongsi gambar dan video ke rangkaian sosial dalam satu langkah. Hub imej mengandungi sokongan untuk multi touch zooming. Windows Phone 7 Series turut membenarkan untuk mengintegrasikan gambar pengguna ke perkhidmatan Web dan PC.

Games. Windows Phone 7 adalah diintegrasi sepenuhnya dengan rangkaian Xbox LIVE. Hub ini merupakan yang pertama Xbox LIVE melalui telefon. Dengan lebih daripada 23 juta anggota aktif di seluruh dunia, Xbox LIVE membuka dunia kawan, permainan dan hiburan di Xbox 360, dan sekarang juga di Windows Phone 7 Series.

Music + video. Hub ini mencipta pengalaman media yang luar biasa yang membawa yang terbaik daripada Zune, termasuk kandungan daripada pengguna PC.Pengguna boleh membuka media mereka dengan Zune sosial pada PC dan berkongsi media mereka dengan pengguna lain dengan mudah.


Marketplace.  Hub ini membenarkan dan memudahkan pengguna untuk mencari dan memasukkan aplikasi dan permainan telefon yang sah.


Offices. Hub ini menyediakan tempat mengakses ke Document dan SharePoint Workspace di satu tempat yang memudahkan pengguna untuk membaca, mengedit dan berkongsi dokumen.






Windows Phone 7 Series Video


Windows Phone 7 Series promo Video