Isnin lepas Steve Jobs,CEO Apple memperkenalkan iPhone4 secara rasminya di Apple's World Wide Developers Conference (Apple WWDC 2010). Apple mendakwa ianya sebagai lonjakan terbesar dalam teknologi dengan iPhone4.
Berikut adalah antara ciri-ciri terbaru iPhone4 :
1. Rekaan design terbaru 24% lebih nipis daripada iPhone 3GS
2. Fungsi multitasking yang membolehkan menjalankan applikasi lain pada masa yang sama dan beralih di antaranya dengan mudah.
3. Kamera 5-megapixel dengan flash LED dan sensor fokus yang menghasilkan gambar yang menarik samaada dalam keadaan cahaya terang ataupun sebaliknya. iPhone4 disediakan kamera hadapan dan belakang yang membolehkan membuat panggilan video secara bersemuka pada masa yang sama boleh menukar haluan video dibelakang kamera yang dikenali sebagai Facetime.
4. Imej dan grafik boleh diperlihat pada resolusi tinggi sehingga 960 x 640 pixel pada skrin seluas 3.5-inci. Video turut boleh direkod pada definisi tinggi iaitu 720 pixel HD video yang turut disediakan applikasi baru iaitu iMovie yang untuk proses editing.
5. Jangka tahan batteri adalah lebih lama, dimana ianya membawakan sehingga 7 jam berhubung melalui 3G, pelayaran web melalui 3G sehingga 6 jam, video sehingga 10 jam, dan masa bertahan lebih 300 jam.
6. iPhone 4 menggunakan sistem operasi yang baru iPhone OS 4.0 atau lebih dikenali sebagai iOS dan menggunakan cip Apple A4 yang turut digunakan pada iPad.
7. iPhone bakal didatangkan dalam dua warna berbeza, iaitu putih dan hitam, dan bakal berada di pasaran antarabngsa mulai 24 Jun kelak.
Official Video Apple iPhone 4
Steve Jobs memperkalkan iPhone 4 di WWDC 2010
via Apple.com
agak2 mmpu x beli?.haha. damn. smart dowh. ingin je nk pgng. huh
ReplyDeletebila la nk ade duit nk pki iphone nihhh...adesss
ReplyDeletewow! smart sangat.
ReplyDeletebila lah den mampu beli nih
ReplyDeletekecur siot tgk iphone beru ni.. adoi.... nak buang je enset lame ni.. huk3
ReplyDeletejom2 angkat iPhone baru lepas nih..
ReplyDeletedah x sabar siot=
tp pelik lah nape iphone4 ni lg murah eh??
ReplyDeletedamn murah.. dlm rm 4++ tgk kt surat khbr..
klu us dolar dlm USD 199++ je..
Wow..
ReplyDeleteMeletup~
awhh-soommee!!
ReplyDeletefuh~
yang ni fragile tak ek? model before this screen die cam senang pecah
nak satu
ReplyDeletenak satu
boleh camtu ?