Download lagu daripada laman MySpace

MySpace masih lagi menjadi rangkaian sosial popular walaupun facebook telah mengambil alih sebagai sosial komuniti paling popular, satu kawasan di mana MySpace masih memimpin adalah muzik. Ianya membenarkan pengguna meng-upload muzik dan membuat playlist. MySpace masih lagi mendapat tempat terutama dikalangan artis untuk memperkenalkan lagu baru mereka.

Jadi semestinya kita ingin mendownload lagu tersebut untuk didengarinya secara offline. Namun, myspace menyekat atau tidak memnyediakan kemudahan untuk men-download lagu. Penyelesaianya adalah dengan menggunakan GrabThatFile.

GrabThatFile membolehkan anda mendownload lagu dalam format MP3 dari MySpace. Untuk menggunakan anda hanya memerlukan URL MySpace dari lagu tersebut.Anda hanya dibenarkan untuk men-download 4 lagu sehari dan untuk men-download lagu secara 'unlimited' anda harus 'donate' sebanyak €2 Euro

Cara untuk menggunakan GrabThatFile :

1. Pergi ke laman web GrabThatFile. Anda akan diminta untuk login menggunakan akaun Facebook. Klik pada "login".


2. Dan akan keluar "Request for Permission" . Klik pada button "Allow" dan ia akan kembali semula ke laman GrabThatFile.


3. Seterusya anda memerlukan URL lagu (MySpace) yang hendak di-download. Anda boleh menggunakan kotak "search" di laman MySpace untuk mencari lagu dan pastikan anda pilih "Music" disebelah kanan kotak carian.


4. Copy URL lagu yang dipilih dan paste-nya pada kotak MySpace URL di GrabThatFile dan tekan button "Grab". Senarai lagu melalui playlist URL akan keluar. Pilih lagu yang hendak di-download dan klik "GrabThatFile"

5. "Pending downloads" akan keluar, lebih kurang 30 saat selepas itu anda perlu refresh page tersebut dengan menekan F5 pada keyboard anda. Link lagu akan keluar. Klik link untuk mulakan men-download. Anda turut boleh search lagu lain mengikut arahan ke-4 sementara menunggu link download lagu yang dipilih timbul.



Selamat memuat turun! ~

p/s: aku agak muskil jugak ianya memerlukan akaun Facebook, dan bukan akaun MySpace untuk menggunakan perkhidmatan ini.