Fungsi Terbaru Blogger - Share Buttons


Blogger tampaknya menambah beberapa fungsi terbaru bagi memudahkan lagi para blogger untuk blog yang lebih baik seperti Template Designer dan Post Preview, yang terbaru blogger memperkenalkan 'share button' untuk facebook, twitter, email, goole buzz, dan blogspot.Tiada coding diperlukan anda hanya perlu untuk mengaktifkannya sahaja.

1.Untuk aktifkan share button, login ke Blogger-in-draft | Design > Page Elemets, dan kemudian klik Edit pada widget Blog Post dan popup Configure Blog Post akan keluar.

2. Pada Configure Blog Post, klik/tick pada Show Share Buttons pada bahagian post page options .Untuk menukar kedudukan 'Share button', pada bahagian 'Arrange Item' seret dan letakkanya pada kedudukan yang diinginkan sama ada di bawah tajuk atau dibawah post content.



Memaparkan Share Button secara manual

Sekiranya anda masih tidak dapat melihat share button pada blog anda, anda perlu menambah code secara manual.

Pergi ke Blogger Dashboard | Design > Edit HTML, klik Expand Widget Templates dan paste coding dibawah :
<div class='post-share-buttons'>
<b:include data='post' name='shareButtons'/>
</div>

Untuk memaparkan share button di bawah tajuk post anda, paste code selepas
<div class='post-header-line-1'> atau <div class='post-header-line-1'/>  **tekan Ctrl+F untuk search.

Untuk memaparkan share button di bawah post content, paste code selepas <data:post.body/>


Selamat mencuba!