Menarik Hari Ini : Iron Baby


Iron Baby adalah video adaptasi daripada filem Iron Man yang memaparkan bayi muncul sebagai adiwira. Dihasilkan oleh ayahnya, Patrin Boivin yang merupakan seorang pembikin filem dan bekas pencipta buku komik manakala Jocelyn Strob Simard sebagai pereka grafik. Klip video ini memakan masa selama dua bulan untuk disiapkan.