ID yang sering kita gunakan untuk login disekitar laman web [Infografik]
Kebanyakkan web sekarang memerlukan kita untuk login menggunakan identiti yang boleh dipercayai seperti facebook, twitter, google ataupun yahoo. Penggunaan ini semakin popular, menarik untuk kita melihat halaman identiti yang mana sering digunakan oleh pengguna untuk login/sign in ke sesuatu web lain atau dikenali sebagai third-party websites.
Hasil daripada kajian Gigya melalui infografik di bawah, menunjukkan pengguna menggunakan identiti yang berlainan dalam perkhidmatan yang berbeza. Sebagai contoh, pengguna lebih banyak menggunakan akaun facebook untuk laman web hiburan, manakala twitter menjadi pilihan untuk laman web berita. Selain itu, infografik turut menunjukkan data profil yang digunakan selepas pengguna log in dengan menggunakan identiti web.
Multiple Identities Infographics
via Gigya