Posts

Jom Buat Infografik Tentang Diri Anda



Telah banyak infografik dikeluarkan melalui analisis dibuat bagi menceritakan statistik tentang sesuatu perkara seperti komuniti sosial, internet dan banyak lagi. Pernah tak anda terfikir untuk membuat infografik megenai diri anda sendiri?. Disini ada satu website menyediakan kemudahan tersebut iaitu Ionz.

Membuatnya begitu mudah ianya tidak memerlukan anda untuk menaip bahkan anda hanya perlu menjawab beberapa kuiz pendek dalam gambar. Setiap soalan akan menunjukkan kedudukan anda dengan mereka yang telah menjawab soalan tersebut (setakat ni dah 70176 yang buat). Walaupun ianya tidak begitu menyeluruh tentang diri anda tetapi ianya masih seronok untuk dicuba.

Ini adalah infografik versi sanoktah :


Anda boleh mencubanya disini : Ionz


Nota kaki : jangan lupa tekan bahasa inggeris kat atas sebelah kanan..kan tertanya pulak apa yang diminta..