Google Multiple Sign in



Anda mungkin mempunyai email personal, satu untuk blog dan akaun gmail lain. Semestinya jenuh bagi anda untuk 'logout' dan 'sign in' semula setiap kali untuk menggunakan akaun lain pada pelayar web(browser) yang sama. Cara sebelum ini anda boleh membuka semua akaun dengan menggunakan dua browsers ataupun menggunakan addon/extension khas. Sekarang Google telahpun meyediakan kemudahan untuk anda menggunakan melebihi satu akaun Google pada pelayar web yang sama dengan fungsi 'Multiple sign-in'

Jika anda pergi ke laman Google, atau mana-mana servis Google, seperti docs dan email, anda akan dapat lihat alamat gmail adress anda pada sudut atas sebelah kanan. Untuk menambah akaun, anda perlu edit terlebih dahulu akaun Google anda.



Cara untuk menambah akaun Google

Sign in akaun Google(akaun utama) di Google.com/accounts.



Klik Edit disebelah Multiple sign-in pada bahagian Personal Settings.



Pilih atau tick On - Use Multiple Google Accounts in the same browser, dan semak setiap kotak untuk memahami dan ciri Multiple Sign-in. Klik save bila sudah selesai.



Anda akan melihat pengesahan di bahagian atas laman. Klik link Back untuk kembali ke laman akaun setting.



Sekarang anda akan dapat lihat anak panah sebelah akaun Google anda. Klik arrow dan sign in to another account...



Sign in akaun Google lain untuk menambah akaun.



Akaun kedua anda dapat dilihat dengan klik pada anak panah pada sebelah alamat email anda.



+Jika anda ingin lagi menambah akaun Google, hanya klik Sign in another account.

+Untuk membuang akaun tambahan tadi, anda perlu turn off Multiple sign-in. Sama seperti menambah akaun google, anda perlu ke google account, klik edit.



pilih/tick Off dibahagian bawah dan save.



Selamat mencuba!

Bagi anda yang menggunakan email yang berlainan :
+ Bagi pengguna Mozilla Firefox boleh dapatkan addon Webmail Notifier 
+ Bagi pengguna Chrome pula gunakan extension Google Mail Checker, Yahoo Mail Widget, dan Hotmail Checker.