Facebook email - @facebook (The New Message)


Facebook baru sahaja memperkenalkan perkhidmatan mesej terbaru iaitu sistem mesej moden yang lebih mudah,ringkas, dan pantas.Seramai 350 juta pengguna aktif berserta 4 bilion mesej dihantar dalam satu hari menunjukkan penggunaan mesej di facebook semakin meningkat dengan pantas.




Sistem mesej terbaru ini mempunyai tiga fungsi utama iaitu seamless messagging, conversation  history dan Social inbox. Ianya menyatukan semua mesej, emel, chat dan sms dalam satu kotak. Pengguna facebook akan diberikan alamat emel - @facebook mengikut username yang telah anda daftarkan pada facebook, ianya bukan sekadar email yang biasa kita guna, malah anda boleh terus chat dengan mereka yang menghantar mesej bersertakan history.

Pada conversation history akan memaparkan inbox alert manakala social inbox pula fungsinya serupa dengan Gmail priority inbox dimana ianya mempuyai dua system - mesej dan mesej lain. Bezanya anda boleh menetapkan siapa yang anda ingin menerima mesej serta anda boleh mengubah tetapan privasi.



Anda boleh membuat request jemputan disini