Facebook Terpapar Prototaip Terbaru Mereka



Beberapa minggu lepas facebook baru sahaja memperkenalkan halaman facebook terbaru. Terkini facebook secara tidak sengaja memaparkan prototaip terbaru mereka semasa melakukan pembaikan. Kesilapan sekitar 45 minit itu membolehkan pengguna facebook menyelinap serba sedikit ciri-ciri terbaru yang masih dalam pembikinan. 

Antara ciri-ciri terbaru tersebut ialah laman facebook baru (disertakan integrasi 'Question'), beralih akaun ("Switch Accounts") untuk halaman admin, ciri terbaru ("Memories") yang  memaparkan status, gambar dll mengikut tahun, ciri "Outside World" menapis news feed, menggunakan lightbox UI untuk gambar dan ruangan komen tanpa butang "Comment". Jom tengok antara gambar yang sempat diambil :

Laman facebook baru






 Switch Accounts



Memories




Outside World

Lightbox UI



Ruangan komen baru


sanota | yang pasti buat masa terdekat ni takkan diperkenalkan kepada semua pengguna