Tweet Tahun Baru Mencatat Rekod Baru



Hanya selepas beberapa saat memasuki tahun 2011 di Jepun, pengguna Twitter telah mencatat rekod baru dengan mencatat sebanyak 6.939 tweet sesaat. Menjelang tahun baru itu ramai pengguna Jepun menggunakan Twitter untuk mengucapkan “Akemashite omedetou gozaimasu” (“Selamat Tahun Baru!”) kepada keluarga dan rakan-rakan. Rekod terbaru ini memadam rekod terdahulu yang hangat memperkatakan mengenai kemenangan Jepun mengalahkan Denmark pada Piala Dunia 2010 sebanyak 3283 tweet sesaat.

Visual dibawah menunjukkan aktiviti penyebaran tweet menjelang tahun baru mengikut zon masa. Lingkaran biru yang besar disebelah kanan menunjukkan tweet sedang melitupi negara Japan.




Sumber Twiiter Blog