Cara Update Windows 7 Service Pack 1



Pada 22 Februari lepas, Microsoft telah mengemaskini sistem operasi Windows 7 iaitu Windows 7 Service Pack 1. Antara yang terdapat pada Windows 7 SP1 ialah pembaikan HDMI, print doukumen XPS, dan menambah sokongan servis pihak ketiga. Para pengguna sudah boleh memuat-turun Windows 7 SP1 samaada melalui Windows Update atau secara terus melalui server Microsoft.

Kaedah paling mudah untuk memasang Windows 7 SP1 adalah dengan menggunakan Windows Update . Ikuti tutorial dibawah cara untuk update Windows 7 SP1 :

Klik Start button, taip "Windows Update" dan tekan enter. Selepas paparan keluar klik “Check for updates”.



Selepas kemaskini update tamat, klik pada ".. important update is available", seterusnya cari Windows 7 Sevice Pack 1 (KB976932) dan tandakan pada kotak disebelahnya. Klik Ok.



Akhir sekali klik "Install updates".



sanota : Update Windows 7 SP 1 ini akan memakan masa untuk siap kerana size fail hampir 900mb dan pastikan ruang free C: anda sekurang-kurang 2GB.

Bagi yang mahu installer Windows 7 SP1 offline boleh muat turun disini :
+ Download SP1 RTM 32-bit (537.809 MB)
+ Download SP1 RTM 64-bit (903.196 MB)
+ Download SP1 RTM iso (32-bit & 64-bit) (1953.3 MB)

Selamat mencuba!