Internet Explorer 6 Countdown



Microsoft melancarkan laman khas untuk melenyapkan penggunaan pelayar Internet Explorer 6 (IE6) yang kini sudah berusia 10 tahun. Berdasarkan carta Net Applications pelayar IE6 masih lagi digunakan sebanyak 12% pengguna diseluruh dunia, dimana pengguna IE6 di Malaysia sekitar 3.4%. Microsoft berharap dengan pembukaan laman theie6countdown.com ianya dapat disebarkan kepada pengguna supaya mengemaskini pelayar web mereka bagi mencapai sasaran Microsoft mengurangkan penggunaan pelayar IE6 dibawah angka 1%.

Microsoft akan melancarkan pelayar terbaru mereka iaitu Internet Explorer 9 pada 14 Mac ini yang mana perubahan ketara bakal ditonjolkan.


Sesiapa nak letak banner countdown boleh ambik coding di theie6countdown.com. Sebarkan kepada semua ok!

*Microsoft mula membangunkan Internet Explorer 10 dan bakal diperkenalkan pada bulan April.