Orang Terkaya Di Dunia 2011



Majalah Forbes menerbitkan senarai orang terkaya di dunia untuk tahun 2011. Carlos Slim Helu dan keluarganya (Telekom Mexico) sekali lagi dinamakan orang paling kaya di dunia buat 2 tahun berturut-turut dengan memiliki kekayaan sebanyak $71 billion. Pengasas Microsoft, Bill Gates yang kini lebih banyak membelanjakan wang untuk yayasannya bersama isteri iaitu The Bill & Melinda Gates Foundation kekal sebagai orang kedua terkaya didunia dengan nilai kekayaan  $56 billion. Robert Kuok pula merupakan orang paling kaya di Malaysia yang mempunyai nilai kekayaan $12.5 billion berada ditempat yang ke-61.

Pengasas Facebook, Dustin Moskovitz, 26 tahun pula mengambil alih tempat Mark Zuckerberg yang juga merupakan pengasas facebook sebagai bilionaire termuda di dunia masing-masing mempunyai nilai kekayaan $2.7 billion dan $13.5 billion .Billionaire dalam industri teknologi seperti Larry Page (Pengasas Google)  $19.8 billion, Steve Balmer (CEO Microsoft) $14.5 billion, Steve Jobs (CEO Apple)  $8.3 billion, dan Eric Schmidt (CEO Google) $7 billion.

10 Senarai Manusia Terkaya Di Dunia 2011

1. Carlos Slim Helú & Family  $74 B
2. Bill Gates  $56 B
3. Warren Buffet  $50 B
4. Bernard Arnault  $41 B
5. Larry Ellison  $39.5 B
6. Lakshmi Mittal  $31.1 B
7. Amancio Ortega  $31 B
8. Eike Batista  $30 B
9. Mukesh Ambani  $27 B
10. Christy Walton & family  $26.5 B

Sumber Forbes