Windows 8 Screenshot Tersebar Dengan Fungsi Terbaru



Isu yang hangat diperkatakan mengenai Windows 8 bakal diperkenalkan pada 2012. Windows 8 diperkatakan hanya mengambil 8 minit untuk pemasangan iaitu 2.5 kali lebih laju daripada Windows 7 , 2 minit untuk restore dan masa megemaskini Windows juga lebah pantas. Buat kali pertamanya Windows 8 dipaparkan kepada umum. Paparan skrin Windows 8 ini diambil dari sumber dipercayai iaitu Win7China. Mari kita saksikan perubahan yang ada para Windows 8 :


Windows 8 taskbar nampak seakan-akan sahaja Windows 7 taskbar tetapi jika anda lihat gambar kecil pada sebelah kanan taskbar ianya menampakkkan akaun Windows Live pengguna. Pengguna juga boleh menukar gambar akaun (avatar) termasuk dalam bentuk video berdasarkan gambar dibawah.



Gambar taskbar ini pula menunjukkan proses pemasangan Windows Live ID sedang berlaku.



Ini pula wallpaper Windows8 yang dipaparkan pada desktop





Windows 8 dijangka akan membawakan AppStore dan UI terbaru untuk Windows 8 tablet .


sanokta : masih nantikan banyak lagi fungsi terbaru pada Windows 8, wallpaper Windows 8 juga dah mula kelihatan

Sumber Windows8Beta