Google+ Rangkaian Sosial dan Perkongsian



Google memperkenalkan rangkaian sosial terbaru, dikenali sebagai Google+ (Google Plus). Google+ menghimpunan perkhidmatan sedia ada Google seperti Gmail, Android, Chrome dan juga carian. Keunikkan juga dapat dilihat dengan fungsi terbaru iaitu Circles, Hangouts, Instant Upload, Sparks, dan Huddle. Dibawah penerangan secara ringkas fungsi yang terdapat dalam Google+ :

Google+ Stream menyediakan kemaskini status pengguna. Fungsinya sama seperti Facebook dimana para pengguna dibekalkan profil individu, boleh berkongsi gambar, video , links, dan juga status dengan rakan-rakan.



Circle berfungsi untuk membahagikan rakan secara tarik dan lepas mengikut kumpulan.





Hangouts pula digunakan untuk perbualan video secara berkumpulan.





Sparks pula berfungsi sebagai engin carian, dimana pengguna akan membuat carian dan boleh menyimpannya di dalam senarai.





Instant Upload berfungsi untuk menyimpan gambar dan video diambil pengguna secara automatik kedalam Google+.




Fungsi Huddle pula sebagai tempat untuk berbual dan menghantar mesej kepada rakan-rakan.



Google turut melancarkan aplikasi mudah-alih Android untuk halaman sosial mereka itu



Buat masa ini, ianya hanya boleh didapati melalui jemputan sahaja, dan berkemungkinan akan dilancarkan kepada umum secara berperingkat. Anda yang berminat boleh mendapatkan info lanjut melalui laman rasmi Google+, dan mengikuti demo yang telah disediakan.


sanota : Persaingan antara Google dan Facebook semakin sengit! hoho.