Society (Daiyan Trisha) Gerimis Malam


Kumpulan Society yang dianggotai oleh Meor Yusof Azziddin (Gitar/vokal) dan Daiyan Trisha (Vokal) dan Azmir Abas. Society baru sahaja mengeluarkan album baru mereka bertajuk Jalan. Jalan memuatkan sebanyak 10 buah lagu iaitu Jalan, Emas Bertatah Permata, Berhijrahlah, Cinta Sekeras Logam, Di Alam Nyata, Berani Bercinta, Gerimis Malam, Bencana, Demi Sebuah Perjalanan dan Sutera Bidadari. Album ini sepenuhnya edaran CRG Communication. Ibu Daiyan yang juga seorang penulis terkenal tanahair, Shamsiah Mohd Nor turut terlibat sebagai penulis lirik lagu ini berjudul Gerimis Malam.



Lirik Lagu Society featuring Daiyan Trisha - Gerimis Malam

Gerimis malam menyapa bumi
Malu-malu menegur mu
Yang cemburu pada sunyi

Gerimis malam menemanimu
Dibawah cahaya neon
Dikasih yang bersembunyi

Sedang asyik memerhati
Si kunang-kunang
Yang sedang menari-nari
Yang leka menyanyi-menyanyi

Tika asyik melintasi selembar kenangan
Yang datang dari jauh
Merentap nubari

Gerimis malam akhirnya berhenti
Tatkala kau dan kunang-kunang pergi-pergi


Download
Society (Daiyan Trisha) Gerimis Malam.mp3 | mediafire | 4shared |


| Facebook Societyband |
| Facebook Daiyan Trisha | Twitter Diayan Trisha | YouTube Daiyan Trisha |  Formspring |