Gadget Terbaru 2014

Gadget Terbaru 2014

Awal Januari 2014 telah berlangsungnya pameran terbesar industri berteknologi dikenali CES 2014 (Consumer Electronics Show) di Las Vegas. Terdapat banyak gadget baru ditonjolkan oleh pembangun disitu. Antara gadget dipamerkan seperti teknologi peranti-boleh-pakai, televisyen berdefinisi UHD, dan peranti permainan. Ini antara beberapa gadget yang mendapat perhatian di pameran tersebut.

1. Samsung 4K UHD TV

UHD TV melengkung pertama didunia bersaizkan 105 inci dan beresolusikan 4K (5120 x 2160) (21:9)





2. Steam Machine

Steam Machine ialah konsol permainan PC pertama hadir sebanyak 13 mesin daripada berlainan pembangun. Steam Machine menggunakan sistem operasi SteamOS yang dibangunkan oleh Valve. Alat kawalan konsol dinamakan Steam Controller.






3. Asus Transformer Book Duet TD300

Komputer hybrid yang boleh ditukar komputer riba kepada tablet. Menariknya komputer ini menggunakan platform Dual OS yang mampu menukar sistem operasi Windows dan Android dengan hanya satu klik.





4. Sony Life Space UX projector

Projektor yang memaparkan imej resolusi tinggi 4K pada dinding.





5. Panono - Panoramic Ball Camera

Panono merupakan kamera berbentuk bola yang boleh menangkap gambar panorama 360 darjah. Terdapat sebanyak 36 kamera diletakkan padanya dan ia boleh menangkap gambar dengan membalingnya ke udara.






6. Razer Project Christine

Konsep PC modular kelihatan seperti rak yang memudahkan pemasangan dan penukaran komponen seperti GPU, CPU, dan memori tanpa menggunakan kabel. Ia dilengkapi skrin sesentuh LCD, sistem penyejuk cecair, dan pembatalan bunyi.






7. Core dan Sony Smartband

Core iala peranti yang diletakkan pada Smartband di pergelangan tangan. Ianya mampu menjejaki segala aktiviti harian pengguna seperti pergerakan, aktiviti sosial dan hiburan, dan info-info lain.  Ianya boleh disambungkan dengan telefon pintar android melalui wireless untuk merekod aktiviti harian dan mencadangkan aktiviti harian. Ianya juga boleh memberitahu panggilan masuk dan mesej secara getaran






8. DJI Phantom 2 

Helikopter mini (Quadcopter) yang boleh merakam pandangan 140 darjah sejauh 300meter. Pengguna boleh mengawal kamera dari telefon pintar dan mendapatkan gambaran langsung daripada helikopter tersebut.  






9. Parrot MiniDrone & Parrot Jumping Sumo

Parrot Jumping Sumo merupakan peranti beroda dua yang boleh dikawal melalui tablet atau telefon pintar dengan menggunakan video streaming melalui kamera dipasang padanya. Ia mampu melompat dan bertukar arah dengan pantas. Parrot MiniDrone pula mampu untuk terbang dan bergerak di lantai mahupun syiling rumah.






10. Withings Aura

Peranti untuk membantu anda tidur lebih cepat, baik, dan bangun lebih mudah. Ianya terdapat dua bahagian, satu pad kecil untuk diletakkan di bawah bantal dan satu lagi peranti Aura yang diletakkan di atas meja di sebelah katil anda. Pad akan mengesan deria kadar jantung, pergerakan, dan bernafas, manakala peranti Aura pula mengimbas bilik untuk bunyi, cahaya, dan suhu.






11. Oculus Rift
Headphone permainan 3D secara realiti maya. Ianya merupakan prototaip versi kedua dengan paparan lebih jelas dan realistik.






12. Sphero 2B

Robot berbentuk silinder bersertakan dua roda di hujungnya. Ia bergerak secara berpusing dengan kelajuan boleh mencecah 14 kaki sesaat. Kelajuanya mampu membuatnya melantun dan membuat trik tersendiri. Sphero 2B dikawal menggunakan menggunakan telefon pintar.






13. Virtuix Omni

Peranti permainan secara realiti maya. Bukan sahaja pada pandangan malah bermain secara gerakan fizikal.






14. ZTE Eco-Mobius

Konsep telefon modular yang memudahkan penukaran komponen kamera, memori, GPU, bateri dan lain-lain.






15. Scanadu Scout Tricorder

Peranti perubatan yang boleh boleh mengukur kadar jantung, suhu, tahap oksigen darah, kadar pernafasan, tekanan darah, ECG dan tekanan emosi.






16. Izzi Slim

Casing iPhone yang dilengkapi empat kanta kamera iaitu fisheye, wide-angle, telephoto, dan macro lens. Ia memudahkan pengguna mengambil gambar yang pelbagai kanta.






17. Polaroid Socialmatic

Kamera berasaskan android yang mana membenarkan pengguna menangkap gambar, cetak dan berkongsi di laman sosial sekaligus. Cetakan gambar menggunakan kertas Zink Ink yang mana bebas dakwat dan kalis air.





18. FINsix 

FINsix merupakan adapter untuk laptop yang mana 4x kecil dan 6x lebih ringan berbanding adapter yang ada sekarang. Terdapat dua kabel iaitu USB dan plug laptop yang boleh digunakan kedua-duanya sekali. Ia menggunakan frekuensi yang sangat tinggi yang mana beribu kali lebih cepat daripada apa yang kita gunakan hari ini.






19. iSense - 3D Scanner

Pengimbas 3D untuk peranti iPad. Ia dilekatkan pada iPad seterusnya mengimbas mengimbas objek atau persekitaran secara tiga dimensi seterusnya objek diimbas tersebut boleh dicetak menggunakan 3D printer.






20. Intel Edison

Intel Edison merupakan komputer bersaiz kecil yang hanya sebesar kad-SD. Ia dibina dengan cip 22nm Dual core bersertakan sokongan WiFi, Bluetooth, dan Linux. Ia ditujukan kepada pembangun untuk kegunaan peranti generasi depan.






*gadget lain akan dikemaskini kelak