Aplikasi Ramadhan 2014 - Android & iOS



Pada bulan Ramadan ini admin sediakan beberapa aplikasi yang bagus untuk digunakan bagi pengguna android dan iOS. Aplikasi dibawah ini merangkumi fungsi seperti waktu solat, bacaan kitab Al-Quran, panduan ramadan, doa, kad ucapan dan pelbagai fungsi lain. Selamat menjalani ibadah puasa.

Senarai aplikasi Ramadan untuk pengguna Android dan iOS

1. MySolat
Aplikasi waktu solat untuk seluruh kawasan Malaysia. Terdapat juga panduan arah kiblat, masjid terdekat, rujukan solat Jama' dan Qasar.

Download MySolat - Android

2. iQuran
Aplikasi membaca kitab suci Al-Quran secara digital besertakan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu. Boleh juga perdengarkan bacaan setiap ayat daripada pelbagai audio pilihan. Fungsi lain seperti membuat nota, tajwid, bookmark dan senarai doa-doa didalam Al-Quran

Download - Android | iOS (Berbayar)
Downlaod - Android | iOS (Percuma)

3. Fadhilat Ramadhan (Melayu)
Aplikasi ini menerangkan fadhilat ramadan berpandukan hadis daripada Rasulullah SAW tentang kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan, Lailatulqadar dan Ik’tikaf serta ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT. 

Download - Android  

4. Muslim Pro
Aplikasi popular yang menyediakan pelbagai fungsi seperti bacaan dan terjemahan al-Quran, waktu solat, kalendar islamik, masjid berdekatan, restoran halal, panduan kiblat, kad ucapan dan banyak lagi.
Download - Android | iOS 

5. Buku Saku Ramadhan
Aplikasi ini menyediakan pelbagai ulasan mengenai berpuasa di bulan Ramadan seperti keutamaan Puasa Ramadhan, syarat Wajib Puasa, doa-doa Bulan Ramadhan, solat terawih, amalan-amalan utama Bulan Ramadhan, malam Lailatul Qadar, dan sebagainya.
Download - Android 

6. Resala Ramadan
Aplikasi ini merangkumi prinsip yang paling asas untuk menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Penjelasan yang jelas berpandukan al-Quran dan hadis.
Download - Android | iOS 

7. Malaysia Prayer Times
Aplikasi waktu solat mengikut kawasan anda berada. Terdapat juga panduan arah kiblat dan masjid terdekat.
Download - Android  

8. Salam Muslim
Aplikasi khas dari Astro Oasis. Mengandungi waktu solat, kalendar takwin Islam, kiraan tasbih, ilmu islamik, kalkulator zakat dan juga jadual siaran Astro Oasis.
Download - Android | iOS 

9. Islamic Greeting Cards (Free)
Aplikasi kad ucapan untuk dikongsikan kepada rakan anda. Terdapat juga potongan ayat suci Al-Quran dan Hadis.
Download - Android | iOS