Sukan Komanwel 2014


Temasya Sukan Komanwel untuk edisi ke-20 akan dianjurkan di Glasgow, Scotland dari 23 Julai hingga 3 Ogos ini. Sebanyak 179 atlet Malaysia menyertai 14 daripada 17 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, boling padang, gimnastik, hoki, judo, menembak, olahraga, ping pong, ragbi, skuasy dan tinju. 

Malaysia menetapkan sasaran sebanyak tujuh pingat emas untuk temasya kali ini. Pencapaian Malaysia dalam tempoh 20 tahun di Sukan Komanwel ialah dua pingat emas di Victoria 1994, 10 pingat emas di Kuala Lumpur 1998, tujuh pingat emas masing-masing di Manchester 2002 dan Melbourne 2006. Pencapaian terbaik ialah di New Delhi sebanyak 12 pingat emas pada 2010.

Sukan Komanwel 2014 / 2014 Commonwealth Games
Tarikh : 23 Julai hingga 3 Ogos 2014
Atlet Malaysia : 179 atlet (104 lelaki dan 75 wanita)
Penyertaan Jenis Sukan : 14 daripada  17
Pembawa Jalur Gemilang : Fatehah Mustapa
Laman web rasmi : http://www.glasgow2014.com/


Senarai Atlet Malaysia di Sukan Komanwel 2014

// Angkat berat
Lelaki : Mohd Faizal Baharom (56 kg), Zulhelmi Md Pisol (56 kg), Constantine Clement (62 kg), Mohd Hafifi Mansor (69 kg), Mohd Azril Huzairi Ramli (69 kg), Abd Mubin Rahim dan Loro Wellkinson Peuji (77 kg) serta Mohd Faiz Musa (94 kg).

Wanita : Sharifah Inani Najwa Syed Anuar (48 kg), Azizah Fadzil (53 kg), Frenceay Titus (53 kg) dan Nurjannah Batrisyah Abdullah (75 kg).

// Badminton
Liew Daren, Chong Wei Feng,  V Shem, Tan Wee Kiong...
// Berbasikal
  Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Fatehah Mustapa 
   
// Boling padang
Skuad lelaki : Muhammad Hizlee Abdul Rais, Fairul Izwan Abd Muin, Muhammad Fairuz Abd Jabal, Zulhilmie Redzuan dan Mohd Amir Mohammed Yusof

Skuad Wanita : Siti Zalina Ahmad, Nor Hashimah Ismail, Emma Firyana Saroji, Nur Fidrah Noh dan Azlina Arshad.
   
// Gimnastik
Hairi Zaid Ahmad Saruji, Mohd Hamzarudin Nordin, Amy Kwang, Wong Poh San, Fatin Zakirah Jalany Zain Jalany, Farah Ann Abdul Hadi, Natasha Ilani Raymund Jayadev, Tan Ing Yueh, Nur Eli Ellina Azmi, Tracie Ang
// Judo
Muhammad Ruzaini Abd Razak, 19, Mohd Farhan Uzair Fikri, 18 dan Nik Norlydiawati Nik Azman, 19.
   
// Menembak 
Nur Suryani Mohd Taibi, Khalel Abdullah, Muhammad Ezuan Nazir Khan, Joselin Cheah Lee Yean, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Halim, Bibiana Ng, Eddy Chew

// Olahraga
Iskandar Alwi (Lompat bergalah), Jackie Wong (tukul besi), Raja Nursheena Raja Azhar (100m Berpagar) , Yap Sean See dan Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi).
   
// Ping pong 
Mohd Shakirin Ibrahim, Muhamad Ashraf Haiqal Muhamad Rizal dan Leong Chee Feng
Beh Lee Wei selain Lee Rou You, Ng Sock Khim dan Ho Ying.
    
// Tinju
Mohd Fuad Rezuan (49kg), S Jaya Rahman (52kg), Muhammmad Alnazirul Othman (60kg),   Khir Akyazlan (64kg), Muhamad Meeraj Omar (91kg)