SS Purple League 2016-2017 | Jadual & Keputusan

SS Purple League 2016-2017

Kejohanan Badminton SS Purple League (SSPL) musim 2016/2017 akan berlangsung dari 12 Disember 2016 hingga 12 Februari 2017. Sebanyak 12 pasukan akan bersaing musim ini di mana aksi liga pusingan pertama akan bermula 12 hingga 31 Disember di Gem In Mall, Cyberjaya sebelum berpindah ke Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras pada 2 hingga 8 Januari 2017. Enam pasukan teratas akan mara ke pusingan kalah mati di Arena of Stars di Genting Highlands, Pahang dari 9 hingga 12 Februari 2017 dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang keseluruhan RM1.5 juta. Kejohanan yang memasuki musim ke-3 ini menggunakan format kiraan 11 mata bagi menjadikan saingannya lebih menarik. Di bawah format baharu itu, setiap pasukan perlu menamatkan empat kategori - perseorangan dan beregu lelaki, perseorangn wanita dan beregu campuran - dalam tempoh 30 minit. Sebagai rekod Kelab Badminton Muar muncul juara dua kali berturut-turut untuk musim 2014/15 dan 2015/16.

BADMINTON SS PURPLE LEAGUE 2016/2017
TARIKH : 12 Disember 2016 - 12 Februari 2017
SIARAN LANGUNG / LIVE : Astro Arena 801 & HD 802
TEMPAT : 
1. Gem In Mall, Persiaran Sepang, Cyberjaya (12 - 31 December 2016)
2. Stadium Badminton Kuala Lumpur (2 – 8 January 2017)
3.  Resorts World Genting, Arena of Stars (9 – 12 February 2017)

JADUAL SS PURPLE LEAGUE 2016/2017


KEPUTUSAN PENUH SS PURPLE LEAGUE 2016/2017 ⇛ LINK

KEDUDUKAN TERKINI SS PURPLE LEAGUE 2016/2017 ⇛ LINK