Senarai Pungutan Pingat Sukan Komanwel Birmingham 2022

Pungutan Pingat Sukan Komanwel 2022

Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini. Malaysia menghantar seramai 105 atlet mengambil bahagian dalam 14 jenis sukan termasuk empat sukan para. Kontinjen Malaysia diberikan sasaran enam pingat emas yang dijangka mampu disumbangkan menerusi sukan terjun, angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powerlifting. Pencapaian terbaik Malaysia dalam temasya empat tahun sekali itu adalah 12 emas yang dilakukan di New Delhi pada 2010. Pada Sukan Komanwel 2018, kontinjen negara meraih 7 emas, 5 perak dan 12 gangsa.

Sukan Komanwel Birmingham 2022
Tarikh : 28 Julai - 8 Ogos 2022
Acara Sukan : 283 Acara, 20 Jenis Sukan
Laman web rasmi: birmingham2022.com

Kedudukan Terkini Pungutan Pingat Sukan Komanwel Birmingham 2022
*Kemaskini Isnin, 8 Ogos 2022, 10:00 malam

Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1. Australia 67 57 54 178
2. England 57 66 53 176
3. Kanada 26 32 34 92
4. India 22 16 23 61
5. New Zealand 20 12 17 49
6. Scotland 13 11 27 51
7. Nigeria 12 9 14 35
8. Wales 8 6 14 28
9. Afrika Selatan 7 9 11 27
10. Malaysia 7 8 8 23

Senarai Atlet Malaysia Memenangi Pingat

Emas
1. Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat -55kg Lelaki) [video]
2. Muhamad Aznil Bidin (Angkat Berat -61kg Lelaki) [video]
3. Badminton Berpasukan Campuran
4. Bonnie Bunyau Gustin (Para Powerlifting Lightweight Lelaki) [video]
5. Ng Joe Ee (Gimrama Disiplin Bola)
6. Ng Joe Ee (Gimrama Disiplin Reben)
7. Pearly Tan Koong Le & Thinaah Muralitharan (Badminton Beregu Wanita)

Perak
1. Muhammad Erry Hidayat (Angkat Berat -73kg Lelaki) [video]
2. Ping Pong Berpasukan Wanita (Ho Ying, Karen Lyne Dick, Tee Ai Xin, Alice Chang Li Sian)
3. Terjun 3m Papan Anjal Seirama Lelaki (Muhammad Syafiq Puteh & Gabriel Gilbert Daim) [video]
4. Boling Padang Bertiga Wanita (Azlina Arshad, Syafiqa Haidar Afif & Nur Ain Nabilah) [video]
5. Terjun 3m Papan Anjal Seirama Wanita (Nur Dhabitah Sabri & Ng Yan Yee)
6. Dhabitah Sabri (Terjun 3m Papan Anjal Wanita)
7. Choong Javen & Karen Lyne (Ping Pong Beregu Campuran)
8. Ng Tze Yong (Badminton Perseorangan Lelaki)

Gangsa
1. Muhammad Shah Firdaus Sahrom (Berbasikal Trek Keirin Lelaki) [video]
2. Siti Zalina Ahmad (Boling Padang Perseorangan Wanita) [video]
3. Amir Daniel Abdul Majeed (Judo 73kg Lelaki)
4. Izzah Amzan (Gimrama Disiplin Belantan)
5. Tan Kian Meng & Lai Pei Jing (Badminton Beregu Campuran)
6. Aaron Chia & Soh Wooi Yik (Badminton Beregu Lelaki)
7. Aifa Azman & Rachel Arnold (Skuasy Beregu Wanita)
8. Dhabitah Sabri & Syafiq Puteh (Terjun 3m Papan Anjal Campuran)